Guna Linux Ubuntu 6.06 bersama Windows XP serentak

Langkah pertama yang perlu dibuat adalah muatturun salinan percuma imej disk ISO Ubuntu yang bersesuaian dengan CPU anda dan salinkannya ke dalam CD. Sekarang ini Ubuntu boleh digunakan dengan PC (Intel x86), Mac (PowerPC), 64-bit PC (AMD64). Misalannya, untuk komputer yang menggunakan IntelPentium 4, anda boleh gunakan fail ubuntu-6.06-desktop-i386.iso. Kebanyakan pengguna windows mempunyai Chip x86 di dalam komputer mereka.
Seterusnya, anda akan perlukan hard drive lebih untuk pasang Linux (kapasiti untuk saiz hard drive ini bergantung kepada keperluan/ suka anda). Dalam tutorial ini, 2 buah hard drive IDE biasa akan digunakan. Kemudian, anda perlu ubah jumper kedua-dua hard drive ini supaya satu hard drive disetkan sebagai MASTER manakala yang satu lagi sebagai SLAVE.

Sebagaimana yang anda boleh lihat di dalam gambar lekatan di atas, pengeluar kilang ada memberitahu kita bagaimana hendak setkan jumper untuk beberapa konfidurasi hard drive yang berlainan.

Dalam gambar ini, satu label yang dibuat dari masking tape telah diletakkan pada setiap hard drive. Hard drive yang berlabel W di atas adalah hard drive yang telahpun ada Windows XP Pro di dalamnya. Manakala yang berlabel L pula, adalah hard drive yang akan digunakan untuk Linux. Blok putih pada pin yang berdekatan dengan label W dan L adalah jumper yang dimaksudkan sebelum ini.

Gambar ini pula menunjukkan bagaimana harddrive ini akan kelihartan setelah diletakkan balik ke dalam kotak PC. Kedua-dua hard drive ini telah disambungkan dengan wayar power dan wayar IDE.
Sekarang, pemasangan Ubuntu akan dimulakan.
Hidupkan komputer anda. Letakkan CD mengandunyi Ubuntu yang baru sahaja dibuat seperti arahan di atas ke dalam drive CD. Sepatutnya komputer anda akan boot dari CD ini.
Sekiranya PCanda tidak disetkan untuk boot dari CD sebelum hard drive, anda perlu masuk ke dalam BIOS komputer sebaik sahaja memulakan komputer, dan letakkan boot dari CD sebagai plihan pertama. Untuk tujuan ini, restart komputer anda dan tunggu sehingga monitor anda mula hidup dan serta merta tekan 'Delete' ataupun apa sahaja butang yang dinyatakan pada monitor anda.
Ini dalah contoh yang perlu diletakkan pada BIOS anda.

Klik pada "Start or install Ubuntu" untuk mulakan CD Ubuntu. Buat masa ini CD ini takkan memasang apa-apa pada komputer anda sehingga anda Klik pada pilihan di atas. Apa yang bagus mengenai CD pemasangan ini adalah ia juga bertindak sebagai Live CD. Ini bermaksud yang ada boleh masukkan CD ini ke dalam mana-mana PC dan mempunyai sistem perisian komputer Ubuntu yang bekerja sepenuhnyatanpa perlu mengubah mana-mana fail ataupun perisian lain.

Gambar ini menunjukkan bagaimana Ubuntu kelihatan setelah ia berjaya dipasang sepenuhnya ke dalam PC.
Setelah selesai memindahkan kandungan CD Ubuntu ini ke dalam komputer anda, baik juga kiranya anda menetapkan konfigurasi yang betul untuk hard drive anda. Pastinya anda tidak mahu semua data dan juga sistem operasi Windows anda daripada terpadam. Untuk tujuan pemeriksaan ini, anda boleh pergi ke SYSTEM > ADMINISTRATION > DISKS.

Gambar ini menunjukkan apa yang terkandung dalam/dev/hda1 (dalam Windows /dev/hda1 adalah bersamaan dengan drive C:).Gambar ini juga memberitahu drive ini dalam format apa. Di sini ia menunjukkan Extended 3 (atau ext3) dan ini adalah format untuk Linux. Sekiranya anda baru sahaja membeli drive baru, hda1 mungkin belum lagi terformat. Jangan risau kerana memformat akan dibuat sekejap lagi.

Gambar ini menunjukkan apa yang terkandung dalam /dev/hdb1 (dalam Windows, ini dianggap sebagai drive D:). Di sini ia menunjukkan yang drive ni telah diformatkan sebagai Windows NTFS. Jadinya kita tahu yang hdb1 telahpun disetkan sebagai SLAVE dengan betul dan Windows XP terkandung di dalamnya.

Setelah Klik pada install icon pada desktop, skrin pertama yang akan muncul adalah seperti gambar di atas. Di sini anda perlu memilih bahasa yang hendak di gunakan untuk Ubuntu.

Kemudian anda perlu memilih zon waktu tempat anda.

Pilih paparan keyboard anda dan jalankan sedikit ujian.

Masukkan nama penuh, cipta kata nama atau nama pengguna, berikan kata kunci dan masukkan nama PC anda sekiranya anda mahu. Nama PC bermaksud bagaimana komputer anda mengenali dirinya sendiri untuk LAN.

Di sini anda perlu memilih hanya /dev/hda iaitu MASTER.

Pilih “Erase entire disk: IDE1 master (hda)” (sekiranya hard drive ini belum lagi terformat. Ia mungkin juga akan tanya sekiranya adalah OK untuk format disk ini.

Periksa supaya semua kelihatan betul. Setelah anda klik pada INSTALL, anda tidak boleh lagi patah balik. Periksa dua kalu yang anda tidak memilih hdb (iaitu drive untuk Windows!). Setelah klik INSTALL, anda akan nampak pemasang memasang Ubuntu dan kemudiannya akan suruh anda untuk reboot PC setelah tamat. Ingat supaya keluarkan CD Ubuntu yang anda masukkan tadi.

Bila anda boot up PCanda untuk pertama kalinya anda akan dapat lihat GRUB noot loader seperti yang ditunjukkan pada gambar ini. Ubuntu akan dipilih dengan sendirinya. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk boot ke dalam Windows dengan memilih Windows dari senarai yang tertera.
Ubuntu sebenarnya cukup cerdik semasa proses pemasangan untuk mengesan Windows terpasang dalam SLAVE drive dan membuatkan GRUB untuk anda.
Sekarang selepas anda boot ke dalam Ubuntu dan lihat setup untuk desktop sama seperti Live CD, maksudnya ada sudahpun selesai memasang Ubuntu ke dalam komputer anda. Tahniah!
Selepas anda masuk sebagai pengguna dan bermain-main dengan setting dan lain-lain lagi, anda akan ditanya satu soalan pada satu ketika yang berbunyi "Enter your password to perform administrative tasks." Anda boleh masukkan kata kunci yang sama seperti anda gunakan untuk masuk ke dalam sistem sebagai pengguna. Baca maklumat selanjutnya berkenaan Sudo.
Sambungan Internet:
Sekiranya anda ada wayar Ethernet tersambung di belakang komputer kepada router ataupun modem, anda boleh sambung ke internet terus. Walau bagaimanapun, sekiranya anda menggunakan adapter tanpa wayar (lihat senarai hardware yang sesuai), mungkin anda perlu mengkonfigurasikan sambungan internet. Pergi ke SYSTEM > ADMINISTRATION > NETWORKING.

Ini adalah setting untuk sambungan internet bagi adapter tanpa wayar. Pilih “Wireless Connection”, kemudian klik “Properties”.
Sekiranya anda inginkan ikon untuk Netwok Monitor ditambahkan kepada panel atas Ubuntu anda, anda hanya perlu klik-kanan pada panel atas, pilih "Add to Panel", pergi ke "System & Hardware" dan klik "Network Monitor" dan kemudiannya butang "Add".

Di dalam gambar ini, ath0 iaitu adapter tanpa wayar dari Atheros telah dibolehkan. Selain itu, anda perlu tentukan Access Point dari senarai yang ada, masukkan kata kunci keselamatan WEP dan gunakan DHCP untuk sambung ke internet. Sekiranya Access Point anda adalah terbuka (bermaksud anda tidak menggunakan kata kunci keselamatan WEP) kosongkan sahaja ruangan "Key type" dan "WEP key".
download ubuntu


1 comments:
hehe,memang berguna blog ko ni, tapi sblm ko ajar psg ubuntu tu. ko citer la dulu ttg OS tu.kan ade byk jenis OSS.cam suse,redhat,ubuntu,kubuntu,knoppix.
citer ar gak psal kernel yg dia pkai.
aq pun baru blajar gak pkai open source ni.ok gud luck.teruskn usaha murni anda.
Post a Comment